Langkau ke kandungan utama

Catatan

MINGGU 3, JANUARI : KUIZ GOOGLE FORM

 TEMPAT : KELAS 2 CAMBRIDGE Pada hari ini, Cikgu Elven datang lewat ke kelas tapi dia telah memberi kami kuiz untuk dijawab tentang seni lakonan dan tarian. Mujurlah cikgu bagi tengok buku. Kebanyakan soalan dalam kuiz terdapat dalam buku dan kuiz itu menjadi senang.  IB learner Profile : Communicators berkomunikasi dengan rakan untuk menjawab soalan Thinkers memikirkan jawapan yang sepatutnya untuk soalan KBAT ATL: Reflection membuat refleksi dari apa yang dipelajari sepanjang sesi 2022
Catatan terbaharu

MINGGU 2, JANUARI : PENGHASILAN SKRIP

 TEMPAT : Kelas 2 Cambridge Hari ini Cikgu telah menyuruh kami menyiapkan tugasan menulis skrip. Kami berbicang pelbagai tema untuk skrip kami. Bukan mudah untuk memilih jalan cerita dan tajuk untuk penulisan skrip. Walaupun sudah tamat tempoh tapi kami tetap menghantar skrip tersebut. Kami berpuas hati dengan jalan cerita yang kami rancang bersama. Tajuk cerita kami ialah Juzuk terakhir IB Learner profile : Knowledgeable  mempelajari cara menulis skrip yang sebenar reflective mengingat balik cara menulis skrip yang telah diajar oleh kumpulan Aina ATL: Creative thinking berfikiran secra kreatif untuk membuat skrip

MINGGU 1, JANUARI : TERMINOLOGI MUZIK

Tempat : Studio Muzik Pada hari  ini saya telah belajar tentang terminologi muzik. Tajuk ini agak merunsingkan tapi banyak yang saya telah pelajari tentang tajuk ini. Antaranya ialah 3 elemennya iaitu dinamik, tempo dan arahan persembahan. Dinamik pula ada 2 jenis iaitu pianissimo, dan fortissimo. Kami telah disuruh membuat latihan. Saya telah bincang dengan Izzah jawapan kerana kurang faham. Tapi lepas bincang saya makin faham. Kemudian, kami telah menyanyi bersama - sama lagu buktikan pada dunia. Ianya amat seronok rakan lelaki saya amat bersemngat menyanyi lagu tersebut. Keseluruhannya kelas ini amat seronok malangnya saya tidak dapat merekod bila kami menyanyi.  IB Learner Profile : Knowledgeble  Saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang seni muzik Risk takers kerana mampu bernyanyi bersama rakan  ATL: collaboration Berkolaborasi ketika menyanyi

MINGGU 1, JANUARI : PENGHAYATAN NILAI ESTETIKA

 TEMPAT : STUDIO TARI Pada hari ini, hari pertama kami kelas Performing Arts bagi tahun 2023. Kami sambung pembentangan dengan kumpulan sara yang masih belum bentang lagi. Mereka membentangkan tentang teater tradisional iaitu Makyung. Banyak juga tentang persembahan ini yang kami telah pelajari dari kumpulan ini. Kumpulan mereka telah membentang dengan seronok sekali. IB Learner profile : Inquirers banyak persoalan yang telah timbul kerana saya mempelajari tentang persembahan baru Communication Berinteraksi dengan pembentang untuk mempelajari tajuk ini ATL : Communicator Berkomunikasi dengan pembentang untuk memahami lebih mendalam

MINGGU 2, DISEMBER : PEMBENTANGAN SINOGRAFI

 TEMPAT : Kelas 2 Cambridge Hari ini, kumpulan izzah membuat pembentangan tentangs sinografi. Sinografi mempunyai 3 bahagian iaitu pentas, set dan props. Kumpulan mereka bentang dengan amat jelas dan mudaah untuk fahami. Oleh itu, saya amat suka tajuk sinografi ini. IB Learner Profile : knowledgeable menambah ilmu pegentahuan tentang seni lakonan ATL : Reflection menulis jurnal tentang pembelajaran hari ini.

MINGGU 1, DISEMBER : PEMBENTANGAN PENULISAN SKRIP

Tempat : Kelas 2 Cambridge Pada hari ini, kami sambung lagi dengan pembentangan. Kumpulan Aina memulakan pembentangan hari ini. Saya agak tidak faham tentang pembentangan kumpulan mereka. Tapi apa yang saya dapat skrip merupakan perancang untuk membina satu persembahan teater. Oleh itu, kumpulan mereka telah menyuruh kami untuk menulis skrip kami sendiri berdasarkan tajuk yang mereka berikan sekurang - kurangnya 3 muka surat. Pada mulanya kami marah kerana tajuk yang diberi untuk kumpulan kami agak pelik. Tapi selepas itu mereka memberi kebebasan kepada kami untuk menulis skrip dengan tema sendiri Ib Learner profile : Communicators saya perlu berkomunikasi dengan ahli kumpulan untuk tajuk skrip yang kami perlu lakukan untuk cuti sekolah ini. Risk takers mengambil cabaran untuk membuat benda baharu seperti menulis skrip  ATL : collaboration berkolaborasi dengan ahli kumpulan untuk memilih tajuk yang sesuai untuk menulis skrip.

MINGGU 3, NOVEMBER : PEMBENTANGAN BLOCKING DALAM LAKONAN

 TEMPAT : STUDIO TARI Pada hari ini, kumpulan Adam telah membentang tentang blocking dalam lakonan. Kumpulan mereka telah membentangkan tajuk ini dengan baik. Adam juga siap melukis pentas blocking. Tapi malangnya cikgu Elven tak sempat menengok keseluruhan pembentangan kumpulan mereka. Keseluruhannya saya amat faham tentang tajuk blocking ini. IB Learner profile : knowledgeable Bagi saya tajuk ini amat membantu untuk berinteraksi dengan penonton apabila membuat persembahan atas pentas.  Inquirers Pada mulanya tajuk ini memberi banyak persoalan kepada saya memandangkan kumpulan ini hanya membentang ikut buku teks tapi lepas mereka melukis pada papan putih semua soalan dah di jawab kerana mereka memahamkan kami dengan lebih mendalam.  ATL : Interaction berinteraksi dengan pembentang untuk menjawabkan soalan