Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

MINGGU 3, JANUARI : KUIZ GOOGLE FORM

 TEMPAT : KELAS 2 CAMBRIDGE Pada hari ini, Cikgu Elven datang lewat ke kelas tapi dia telah memberi kami kuiz untuk dijawab tentang seni lakonan dan tarian. Mujurlah cikgu bagi tengok buku. Kebanyakan soalan dalam kuiz terdapat dalam buku dan kuiz itu menjadi senang.  IB learner Profile : Communicators berkomunikasi dengan rakan untuk menjawab soalan Thinkers memikirkan jawapan yang sepatutnya untuk soalan KBAT ATL: Reflection membuat refleksi dari apa yang dipelajari sepanjang sesi 2022

MINGGU 2, JANUARI : PENGHASILAN SKRIP

 TEMPAT : Kelas 2 Cambridge Hari ini Cikgu telah menyuruh kami menyiapkan tugasan menulis skrip. Kami berbicang pelbagai tema untuk skrip kami. Bukan mudah untuk memilih jalan cerita dan tajuk untuk penulisan skrip. Walaupun sudah tamat tempoh tapi kami tetap menghantar skrip tersebut. Kami berpuas hati dengan jalan cerita yang kami rancang bersama. Tajuk cerita kami ialah Juzuk terakhir IB Learner profile : Knowledgeable  mempelajari cara menulis skrip yang sebenar reflective mengingat balik cara menulis skrip yang telah diajar oleh kumpulan Aina ATL: Creative thinking berfikiran secra kreatif untuk membuat skrip

MINGGU 1, JANUARI : TERMINOLOGI MUZIK

Tempat : Studio Muzik Pada hari  ini saya telah belajar tentang terminologi muzik. Tajuk ini agak merunsingkan tapi banyak yang saya telah pelajari tentang tajuk ini. Antaranya ialah 3 elemennya iaitu dinamik, tempo dan arahan persembahan. Dinamik pula ada 2 jenis iaitu pianissimo, dan fortissimo. Kami telah disuruh membuat latihan. Saya telah bincang dengan Izzah jawapan kerana kurang faham. Tapi lepas bincang saya makin faham. Kemudian, kami telah menyanyi bersama - sama lagu buktikan pada dunia. Ianya amat seronok rakan lelaki saya amat bersemngat menyanyi lagu tersebut. Keseluruhannya kelas ini amat seronok malangnya saya tidak dapat merekod bila kami menyanyi.  IB Learner Profile : Knowledgeble  Saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang seni muzik Risk takers kerana mampu bernyanyi bersama rakan  ATL: collaboration Berkolaborasi ketika menyanyi

MINGGU 1, JANUARI : PENGHAYATAN NILAI ESTETIKA

 TEMPAT : STUDIO TARI Pada hari ini, hari pertama kami kelas Performing Arts bagi tahun 2023. Kami sambung pembentangan dengan kumpulan sara yang masih belum bentang lagi. Mereka membentangkan tentang teater tradisional iaitu Makyung. Banyak juga tentang persembahan ini yang kami telah pelajari dari kumpulan ini. Kumpulan mereka telah membentang dengan seronok sekali. IB Learner profile : Inquirers banyak persoalan yang telah timbul kerana saya mempelajari tentang persembahan baru Communication Berinteraksi dengan pembentang untuk mempelajari tajuk ini ATL : Communicator Berkomunikasi dengan pembentang untuk memahami lebih mendalam

MINGGU 2, DISEMBER : PEMBENTANGAN SINOGRAFI

 TEMPAT : Kelas 2 Cambridge Hari ini, kumpulan izzah membuat pembentangan tentangs sinografi. Sinografi mempunyai 3 bahagian iaitu pentas, set dan props. Kumpulan mereka bentang dengan amat jelas dan mudaah untuk fahami. Oleh itu, saya amat suka tajuk sinografi ini. IB Learner Profile : knowledgeable menambah ilmu pegentahuan tentang seni lakonan ATL : Reflection menulis jurnal tentang pembelajaran hari ini.

MINGGU 1, DISEMBER : PEMBENTANGAN PENULISAN SKRIP

Tempat : Kelas 2 Cambridge Pada hari ini, kami sambung lagi dengan pembentangan. Kumpulan Aina memulakan pembentangan hari ini. Saya agak tidak faham tentang pembentangan kumpulan mereka. Tapi apa yang saya dapat skrip merupakan perancang untuk membina satu persembahan teater. Oleh itu, kumpulan mereka telah menyuruh kami untuk menulis skrip kami sendiri berdasarkan tajuk yang mereka berikan sekurang - kurangnya 3 muka surat. Pada mulanya kami marah kerana tajuk yang diberi untuk kumpulan kami agak pelik. Tapi selepas itu mereka memberi kebebasan kepada kami untuk menulis skrip dengan tema sendiri Ib Learner profile : Communicators saya perlu berkomunikasi dengan ahli kumpulan untuk tajuk skrip yang kami perlu lakukan untuk cuti sekolah ini. Risk takers mengambil cabaran untuk membuat benda baharu seperti menulis skrip  ATL : collaboration berkolaborasi dengan ahli kumpulan untuk memilih tajuk yang sesuai untuk menulis skrip.

MINGGU 3, NOVEMBER : PEMBENTANGAN BLOCKING DALAM LAKONAN

 TEMPAT : STUDIO TARI Pada hari ini, kumpulan Adam telah membentang tentang blocking dalam lakonan. Kumpulan mereka telah membentangkan tajuk ini dengan baik. Adam juga siap melukis pentas blocking. Tapi malangnya cikgu Elven tak sempat menengok keseluruhan pembentangan kumpulan mereka. Keseluruhannya saya amat faham tentang tajuk blocking ini. IB Learner profile : knowledgeable Bagi saya tajuk ini amat membantu untuk berinteraksi dengan penonton apabila membuat persembahan atas pentas.  Inquirers Pada mulanya tajuk ini memberi banyak persoalan kepada saya memandangkan kumpulan ini hanya membentang ikut buku teks tapi lepas mereka melukis pada papan putih semua soalan dah di jawab kerana mereka memahamkan kami dengan lebih mendalam.  ATL : Interaction berinteraksi dengan pembentang untuk menjawabkan soalan 

MINGGU 2, NOVEMBER : METER DALAM BAR MUZIK

 TEMPAT : STUDIO MUZIK Pada hari ini Cikgu Noel mengajjar kami cara mengenal pasti meter dalam sebuah lagu. Cikgu Noel memasang beberapa buah lagu untuk kami analisis meter lagu tersebut. Ada meter 2/4, 3/4,  4/4, dan 6/8. Kebanyakan lagu di dunia menggunakan 4/4 sebab mudah untuk memasukkan not - not ke dalam setiap bar. Kemudian, cikgu memberi kami latihan untuk meletakkan garisan penamat, meter dan garisan pada setiap bar. Mulanya saya salah jawab sebab lupa bilangan not - not muzik. Tapi lepas cikgu suruh saya betulkan, lebih  senang untuk saya menentukan garisan, meter dan garisan penamat setiap bar.  IB Learner Profile : Knowledgeable  menambah pengetahuan tentang muzik Reflective membuat jurnal tentang pembelajaran hari ini ATL : interaction berinteraksi dengan rakan tentang jawapan soalan yang diberikan

MINGGU 2, NOVEMBER : IMPROVISASI DALAM WATAK DAN PERWATAKAN

 TEMPAT : Studio Tari pada hari ini, kumpulan saya membentangkan tajuk kami iaitu improvisasi. Kelas kami telah datang lambat untuk ke studio tari jadi masa kami bentang agak suntuk. Kami telah bentang slaid kami dan cuba memahamkan rakan sekelas kami dengan tajuk kami. Kami telah memberi aktiviti untuk kawan kami. Mujurlah mereka memahami apa yang kami sampaikan. Tapi cikgu Elven agak tidak berpuas hati dan suruh kami membuat improvisasi menggunakan objek yang diberi oleh rakan sekelas kami. Aktiviti itu agak seronok kerana saya dapat menonjolkan pemahaman saya tentang tajuk ini. Kami bergelak tawa ketika membentang. Akhirnya cikgu berpuas hati dan memuji kumpalan saya.  IB Learner Profile : Risk takers saya berani ke depan untuk menunjukkan pemahaman saya dalam tajuk ini communicators saya berinteraksi dengan ahli kumpulan semasa membentang ATL : critical thinking saya berfikir dengan cepat supaya dapat membentang dengan sempurna dan difahami oleh penonton

MINGGU 1, NOVEMBER : IMPROVISASI DALAM LAKONAN

  Tempat : Studio tari Pada hari ini, cikgu Elven membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk kami membuat pembentangan tentang beberapa elemen lakonan. Kumpulan saya merupakan kumpulan pertama yang terdiri daripada saya, arinah, ainul, darwish dan ilman. Kami berbincang dengan cikgu tentang apa yang patut kami buat tentang tajuk kami iaitu improvisasi dalam lakonan memandangkan ini assessment, cikgu suruh kami buat yang terbaik. IB Learner Profile : knowledgeable Saya dapat menambah ilmu baru tentang lakonan supaya saya dapat membentang tentang tajuk yang diberi open minded kerana menerima pendapat ahli tentang aktiviti yang akan dibuat ketika membentang ATL : Interaction berinteraksi dengan ahli kumpulan untuk idea - idea membentang

MINGGU 3, OKTOBER : LATIHAN WATAK 2

 Tempat : Kelas 2C Pada hari ini, Cikgu Elven menghabiskan pembentangan secara berkumpulan. Kumpulan saya telah membentang pada hari ini. Kami sudah bersedia untuk membentangkan watak yang kami telah latih berulang kali tapi rupanya kami salah faham tentang tugasan yang patut dilakukan. Kami sepatutnya memberitahu motif watak dalam skrip yang telah diberikan. Mjur kami dapat memberi penjelasan yang betul untuk setiap watak.  IB Learner Profile : open minded kerana saya menerima cadangan ahli - ahli kumpulan saya apabila membentang di depan communicators kami berkomunikasi anatara satu sama lain dengan penonton  ATL : Critical thinking saya perlu berfikir dengan pantas apabila hendak menerangkan tentang motif - motif perwatakan apabila berada di depan

MINGGU 2, OKTOBER : LATIHAN WATAK 1

Tempat : Kelas 2 Cambridge Pada hari ini, Cikgu Elven telah membahagikan kami dalam beberapa kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada saya, Anis, Auni dan Ilman. Kami ingatkan kami perlu melakonkan semula skrip yang diberi. Jadi, kami telah pun membahagikan watak dan praktis sebanyak kali yang boleh.  Kumpulan yang membentang hari ini ialah kumpulan aina, fazzy, sara dan rafiq. Mereka perlu mengekspresikan emosi - emosi yang telah diberi melalui kertas oleh cikgu. Pembentangan mereka agak kelakar tapi cikgu Elven menegur mereka kerana pembentangan mereka yang melibatkan cikgu - cikgu yang tidak berkaitan. IB Learner Profile : Thinkers Saya mempelajari mengekspresikan watak dan perwatakan apabila melihat pembentangan dari kumpulan sara knowledgeable Saya mempelajari cara untuk melkonkan sesebuah watak ATL  Communication Saya berkomunikasi dengan ahli kumpulan bagaimana cara untuk melakonkan skrip yang diberi.

MINGGU 4, SEPTEMBER : TEORI WATAK DAN PERWATAKAN

 Tarikh : 27 September 2022 Tempat : Kelas 2 Cambridge Pada hari ini Cikgu Elven, mwngajar kami tentang watak dan perwatakan dalam lakonan. Watak merupakan individu pilihan yang dicipta oleh pengarang. Watak dapat disampaikan melalui lisan dan bahan penulisan. Kami juga telah belajar tentang etika pelakon sebelum, semasa dan selepas lakonan. Walaupun kelas pada hari ini agak mengantuk, tapi cikgu Elven telah mengajak kami untuk membuat regangan dan telah mengelakkan saya dari mengantuk. Saya faham apa yang telah dipelajari hari ini.  IB Learner Profile : Risk takers Saya rasa dengan mempelajari tentang seni lakonan dapat meningkatkan keberanian diri Thnkers Mempelajari tentang seni lakonan ATL: Creative thinking mengaplikasikan cara berfikir dengan kreatif terhadap pergerakan lakonan

MINGGU 4, SEPTEMBER : LATIHAN MENEPUK IRAMA

Tarikh : 26 September 2022 Tempat : Studio Muzik Pada hari ini kami belajar cara menepuk irama berdasarkan not yang kami telah pelajari pada kelas yang lepas. Pada mulanya, kami tidak tahu cara menepuk mengikut not tapi lepas cikgu mengajarr kami baru kami ingat semula cara menepuk mengikut not. Cikgu juga ada ajar kami tentang not yang baru iaitu krocet bertitik yang bernilai 1 1/2. Pada mulanya not ini agak mengelirukan untuk tepuk tapi makin lama saya makin faham cara menepuk dengan not ini. Hari ini amat seronok belajar menepuk bersama.  IB Learner Profile: knowledgeable Saya belajar tentang not baru hari ini ATL thinking saya belajar cara mengaplikasikan not - not ketika saya menepuk

MINGGU 3, SEPTEMBER : JENIS NOT DAN TANDA REHAT

tarikh : 21 September 2022 Tempat : studio muzik Pada hari ini cikgu noel telah mengajar kami tentang jenis not dan tanda rehat. Jenis not ada 4 iaitu semibirif, minim, krocet dan kuaver. Tanda rehat ialah lambang bagi senyapan. Saya amat memahami apa yang dipelajari hari ini. Cikgu Noel memberi kami latihan untuk buat supaya kami lebih faham.  Ib Learner profile :  communicators saya berkomunikasi dengan cikgu dalam sesi soal jawab Thinkers Saya berbincang dengan rakan ketika menjawab soalan ATL: reflective saya menulis jurnal untuk membuat reflection sesi pembelajaran hari ini.