Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

MINGGU 1, JUN : MENGENALI SOMPOTON

 Kelas hari ini bersama cikgu Noel kami pelajari tentang asal usl sompoton. Kami mempelajari tentang cara membuat sompoton. Saya dapati bahawa sompoton merupakan alat muzik yang agak lama telah wujud. Cara membuat sompoton sungguh menarik kerana mereka menggunakan madu kelulut untuk dijadikan sebagai gam untuk mencantumkan bahagian sompoton tersebut. Saya juga mempelajari tentang sejarah sompoton. Walaupun agak merepek tapi saya mendapatinya agak menarik. Walaupun sekejap, tetapi banyak juga ilmu yang saya dapati tentang sompoton ini. Kelas hari ini agak seronok kerana agak santai memandangkan kami akan balik ke rumah pada hari itu.  IB Learner Profile yang saya dapat ialah knowledgeable kerana mendapat ilmu tentang alat muzik sompoton yang unik. Communicators saya dapati kerana saya berinteraksi dengan cikgu dan rakan sekelas demi memperolehi ilmu baru tentang sompoton. ATL yang didapati ialah communication iaitu interaction kerana berinteraksi dengan cikgu dan rakan untuk ...

MINGGU 4: TARIAN SUMAZAU

  Kelas kami telah meakukan tarian sumazau lagi pada hari ini. Kami memulakan dengan melakukan asas tangan semula. Ia tidak berasa lenguh sangat seperti minggu lepas. Cikgu juga telah menguji kami tentang latihan minggu lepas. Cikgu menyuruh saya dan beberapa rakan lain untuk pandang kebelakang supaya kami tidak ikut kawan ketika melakukan tarian itu. Saya berasa agak tidak konfiden dengan gerak geri saya tetpi saya hanya melakukan gerakan ikut gerak hati.Saya agak tidak puas hati dengan tarian saya tetapi hanya berserah.   IB Learner  Profile yang diperolehi ialah reflective kerana saya mengaplikasikan pelajaran minggu lepas  ke minggu ini dengan baik. Saya juga perolehi knowledgeable kerana dapt mempelajari ilmu baru untuk meningkatkan asas tarian sumazau yang telah dipelajari. ATL saya pada hari ini ialah self management iaitu reflective kerana saya mengingato semula perkara - perkara yang dipeljari pada minggu lepas tentang tarian ini.

MINGGU 3, MEI : SENAMAN TARIAN SUMAZAU

Hari ini kami pelajari untuk menari tarian sumazau. Cikgu mula membuat senaman dengan tangan dahulu. Senaman tersebut sungguh melenguhkan. Walaubagaimanapun, ia amat seronok kerana saya berlatih bersama rakan - rakan saya. Saya suka berlatih beramai-ramai tarian ini kerana pergerakan tangan yang lenggok dalam melakukan tarian ini berasa seronok melakukannya bersama- sama. Kami juga memilih ketua tarian ini untuk kelas kami. Cikgu telah pilih dua orang. Saya agak berasa mereka layak untuk mengetuai. Kami berlatih gerakan kaki juga. Ia agak senang kerana kami hanya belajar asasnya sahaja. Kawan saya dikelas lain mengatakan ia akan berasa susah lama - lama. Saya tidak sabar menghadapi cabaran itu nanti. Learner Profile saya dapat hari ini ialah reflective kerana bagi saya kami mengaplikasikan teori yang kami belajar pada hari itu kepada praktikal. Ia agak membantu mempelajari teori dahulu. Selain itu, saya menggunakan thinkers. Ia menggunakan kemahiran berfikir saya untuk menyuaikan gerak...