Hari ini kami pelajari untuk menari tarian sumazau. Cikgu mula membuat senaman dengan tangan dahulu. Senaman tersebut sungguh melenguhkan. Walaubagaimanapun, ia amat seronok kerana saya berlatih bersama rakan - rakan saya. Saya suka berlatih beramai-ramai tarian ini kerana pergerakan tangan yang lenggok dalam melakukan tarian ini berasa seronok melakukannya bersama- sama. Kami juga memilih ketua tarian ini untuk kelas kami. Cikgu telah pilih dua orang. Saya agak berasa mereka layak untuk mengetuai. Kami berlatih gerakan kaki juga. Ia agak senang kerana kami hanya belajar asasnya sahaja. Kawan saya dikelas lain mengatakan ia akan berasa susah lama - lama. Saya tidak sabar menghadapi cabaran itu nanti.
Learner Profile saya dapat hari ini ialah reflective kerana bagi saya kami mengaplikasikan teori yang kami belajar pada hari itu kepada praktikal. Ia agak membantu mempelajari teori dahulu. Selain itu, saya menggunakan thinkers. Ia menggunakan kemahiran berfikir saya untuk menyuaikan gerak geri badan saya dengan rentak yang digunakan. Ia memakan sedikit masa untuk saya menyuaikan gerak tersebut dengan rentak irama. Akhir sekali, saya menggunakan risk takers kerana saya mencabar dirisaya untuk melakukan tarian sumazau walaupun tidak pernah melakukan sebarang tarian sebelum ini.
ATL yang digunakan ialah self - management iaitu affective skills kerana pada pendapat saya, saya mampu menyesuaikan dengan rentak yang digunakan walaupun memakan masa.
Ulasan
Catat Ulasan