Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

MINGGU 1, JULAI : KOREGRAFI TARIAN SUMAZAU

 Kelas bersama Cikgu Elvcn hari ini dijalankan di studio tari. Cikgu Elven hendak menengok hasil koreografi tarian kami. Kami agak gementar memandangkan kami hanya membuat beberapa step. Ia agak serabut memandangkan semua orang hendak bercakap dan ada juga yang mencadangkan untuk menukar step walaupun pada last minit. Beberapa minit kemudian, kami telah mempersembahkannya dihadapan cikgu Elven. hasilnya kurang memuaskan tapi Cikgu telah tolong untuk memperbaiki dan menambah step untuk tarian kami. Cikgu banyak membantu dalam menghasilkan koreografi tarian kami. IB LEARNER PROFILE yang saya perolehi ialah Thinkers kerana kami bersama - sama membina koreografi. Communicators kerana saya berinteraksi dengan ahli supaya dapat menghasil koreogtafi tarian sumazau yang terbaik. ATL thinking kerana saya perlu berfikir dengan baik supaya dapat menghasilkan dan menunjukkan pergerakan sumazau yang terbaik.

MINGGU 4, JUN : BERMAIN UKULELE

 Kelas hari ini agak teruja kerana Cikgu telah mengajar kami cara guna ukulele. Cikgu mengajar basic dulu memandangkan ramai masih baru kenal ukulele. Kemudian, cikgu tunjuk tentang bhagian - bahagian ukulele. Mudah difahami. Ukulele saya agak sumbang jadi tidak sedap bunyinya abila saya bermainnya tadi tetapi cikgu telah menunjukkan aplikasi untuk membetulkan irama ukulele.     IB LEARNER PROFILE yang diperolehi ialah knowledgeable kerana perolehi ilmu ukulele. Communicators kerana saya menanyakan soalan kepada cikgu atau rakan - rakan tentang perkara yang saya tidak faham sewaktu bermain ukulele.  ATL yang saya guna ialah communication kerana saya mampu untuk berinteraksi dengan cikgu dan rakan -  rakan jika saya tidak faham supaya boleh peroleh matlamat ketika bermain ukulele.

MINGGU 3, JUN : NOTA SOMPOTON

 Cikgu Noel tidak hadir ke kelas hari ini kerana urusan luar. Beliau telah menyuruh kelas saya untuk membuat nota sompoton. IB LEARNER PROFILE yang diperolehi ialah knowledgeable kerana saya memperolehi maklumat baru tentang alat muzik sompoton. Selain itu, ialah inquirers kerana saya telah mempunyai beberapa persoalan tentang sompoton dan telah dijawab menggunakan Google.  ATL yang diperoleh ialah thinking kerana saya perlu pandai menggunakan dan memilih website yang terbaik untuk mendapat maklumat yang berguna untuk nota saya.

MINGGU 3, JUN : MELIHAT PERSEMBAHAN TINGKATAN 3

    Hari ini kelas saya telah pergi ke dewan untuk melihat tingkatan 3 dinilai persembahan mereka. Saya telah melihat mereka berlatih setiap hari. Itu telah menunjukkan mereka berasa serious tentang persembahan tersebut. Saya agak menyukai persembahan mereka kerana ada yang berbusana menarik, simple dan ada juga yang lain dari yang lain. Persembahan mereka ada juga menunjukkan makna tetapi ada juga yang sekadar menari. Walaupun ada juga beberapa orang yang tidak mengingat step mereka tetapi saya yakin mereka telah cuba yang terbaik. Selesai persembahan kami telah melatih tarian sumazau di atas pentas. Kami juga telah pelajari teknik baru. IB LEARNER PROFILE yang telah diperolehi ialah knowledgeable kerana mendapat teknik dan pola lantai yang boleh diaplikasikan untuk masa akan datang. Kemudian communicators kerana berinteraksi dengan kawan untuk menilai persembahan mereka. Akhir sekali, open minded menerima kesalahan tarian mereka supaya tidak berlaku kesalahan yang sama kepad...

MINGGU 2, JUN : UJIAN TARIAN SUMAZAU

 Cikgu Elven telah membuat ujian tarian sumazau dengan membahagikan kami dalam beberapa kumpulan. Dia menyruh kami untk membuat step - step asas yang telah dipelajari. Walaupun baru sahaja naik cuti, saya bersyukur masih mengingati beberapa langkah tarian sumazau. Tapi saya agak keliru dengan beatnya. Cikgu menyuruh saya menukar step setelah 8 kali kiraan tapi saya keliru beatnya. Kemudian, cikgu telah menanyakan 1 soalan tentang tarian sumazau. Soalannya agak mudah untuk dijawab. Akhirnya saya telah mendapat 75 dalam ujian tersebut. Berasa agak gembira.  IB Learner Profile yang telah saya perolehi ialah reflective kerana saya perlu 'recall' semula tarian sumazau yang telah saya pelajari sebelum cuti. Saya juga telah menggunakan risk takers kerana berhadapan dengan cikgu untuk menunjukkan teknik sumazau yang saya pelajari. Akhir sekali,  saya juga menggunakan balanced iaitu perlu seimbangkan pemikiran saya dan juga perjerakan fizikal saya agar tidak salah langkah.  A...