Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

MINGGU 2, OGOS : MENUNJUKKAN HASIL PERSEMBAHAN SUMAZAU

 Setelah beberapa minggu berlatih, cikgu ingin menengok hasil keseluruhan tarian sumazau kami. Walaupun pada mulanya ramai lupa step, tapi akhirnya kami telah menghasilkan tarian yang bagus dan dipuji cikgu. Tapi ramai juga tidak tahu basic step dan cikgu telah betulkan. IB LEARNER PROFILE yang telah diperolehi ialah communicators kerana telah berinteraksi dengan sekelas supaya menghasilkan persembahan terbaik.

MINGGU 4,JULAI : MEMEPERSEMBAHKAN LATIHAN UKULELE

 Kami telah diberikan 2 minggu untuk berlatih ukulele kami. Kumpulan saya telah mempersembahkan twinkle twinkle little star. Walaupun ahli kumpulan saya telah mempersembahkan dengan betul tapi ramai tidak mengtune ukulele mereka dan membuatnya sumbang. IB LEARNER PROFILE communicators kerana saya berinteraksi dengan ahli kumpulan supaya dapat menghasilkan hasil ukulele yang terbaik

MINGGU 1, JULAI : BERMAIN UKULELE 2

 Cikgu Noel mengajar kami beberapa lagi not-not muzik antaranya termasuklah dotted minim, quaver, dotted quaver dan dotted crochet. Belajar not- not ini agak keliru tapi akhirnya saya faham lepas beberapa kali diterangkan. Kemudian, Cikgu Noel menyuruh kami praktis latihan 1 - 4. Beberapa orang kena berdiri kerana salah main tapi keseluruhannya saya faham dan rasa seronok bermain ukulele. Akhir kelas, Cikgu Noel menyuruh kami untuk bermain lagu berdasarkan lagu yang telah diberikan. Saya telah mendapat twinkle, twinkle little star. Saya rasa agak mudah lagu itu untuk dimainkan dan berharap agar kumpulan saya dapat bermain dengan betul.  IB LEARNER PROFILE yang diperolehi ialah knowledgeable kerana saya mempelajari tentang not - not muzik yang baharu. Selain itu, saya perolehi risk takers kerana cuba untuk menunjukkan kemahiran ukulele saya walaupun baru shaja belajar. ATL yang diperolehi ialah thinking kerana perlu recall chord dan melody yang telah dipelajari.