Cikgu Noel mengajar kami beberapa lagi not-not muzik antaranya termasuklah dotted minim, quaver, dotted quaver dan dotted crochet. Belajar not- not ini agak keliru tapi akhirnya saya faham lepas beberapa kali diterangkan. Kemudian, Cikgu Noel menyuruh kami praktis latihan 1 - 4. Beberapa orang kena berdiri kerana salah main tapi keseluruhannya saya faham dan rasa seronok bermain ukulele. Akhir kelas, Cikgu Noel menyuruh kami untuk bermain lagu berdasarkan lagu yang telah diberikan. Saya telah mendapat twinkle, twinkle little star. Saya rasa agak mudah lagu itu untuk dimainkan dan berharap agar kumpulan saya dapat bermain dengan betul.
IB LEARNER PROFILE yang diperolehi ialah knowledgeable kerana saya mempelajari tentang not - not muzik yang baharu. Selain itu, saya perolehi risk takers kerana cuba untuk menunjukkan kemahiran ukulele saya walaupun baru shaja belajar.
ATL yang diperolehi ialah thinking kerana perlu recall chord dan melody yang telah dipelajari.
Ulasan
Catat Ulasan