Hari ini, Cikgu Elven telah menerangkan tentang unit plan tahun ini kami mendapati yang kami akan belajar tentang tarian Sabah dan Sarawak iaitu tarian sumazau yang merupakan identiti kaum Kadazandusun. Cikgu juga menunjukkan cara membuat e-jurnal untuk matapelajaran Performing Arts menggunakan blogspot. Saya amat faham tentang cara membuat dan menggunakan website tersebut dan saya rasa amat mudah untuk digunakan berbanding menulis jurnal secara fizikal. Saya amat gembira cikgu dapat mencari jalan yang mudah untuk menulis jurnal dan saya juga teruja menggunakan website yang baru untuk pembelajaran.
IB Learner Profile yang telah digunakan ialah Open-minded kerana saya menggunakan website yang baru dan mengetahui serba sedikit pengenalan tentang kaum Kadazandusun. Knowledgeable digunakan kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan baru tentang website baru.
ATL yang digunakan pula ialah media literacy kerana saya menggunakan website baru untuk dijadikan jurnal saya.
Ulasan
Catat Ulasan