Cikgu Noel menyuruh kami untuk membentangkan tentang tajuk yang kami telah perolehi minggu lepas. Dalam tiga kumpulan telah membentang pada hari ini. Saya berasa agak seronok melihat orang lain membentangkan tajuk mereka kertas manila setiap kumpulan amat menarik perhatian dengan maklumat yang agak mudah difaham. Saya berasa gementar pada hari ini tetapi kumpulan saya tidak sempat bentang kerana masa yang tidak mencukupi.
IB Learner Profile yang saya telah perolehi ialah communicators kerana kami berinteraksi dengan pembentang dengan menanyakan soalan yang kami kurang jelas. Semua kumpualan amat memberi kerjasama dalam menjawab soalan yang diberikan. Saya perolehi knowledgeable kerana mampu mendapat ilmu baru tentang elemen muzik. Open minded juga merupakan salah satu IB Learner Profile yang diperolehi kerana saya menerima pembentangan para pembentang dengan akal yang terbuka sama ada ia salah atau betul.
ATL yang digunakan ialah language kerana saya membaca dan menerima maklumat yang telah dibentang supaya boleh digunakan dalam masa akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan