Hari ini kami sambung membentang tentang elemen muzik. Kelas hari ini juga merupakan kelas terakhir sebelum kami pulang ke rumah. Kelas ini agak seronok kerana kami beramai - ramai menyanyikan lagu raya. Walaupun gementar semasa buat pembentangan tetapi berasa seronok setelah beramai - ramai nyanyikan lagu raya dan Cikgu Noel pula telah bermain alat muzik di depan kami.
IB Learner Profile yang saya perolehi untuk hari ini ialah Risk - Takers kerana telah membentangkan hasil kerja kumpulan kami di depan kelas, Open minded kerana menerima persoalan dari rakan - rakan kami dan communicators kerana berinteraksi dengan rakan kelas yang lain semasa buat pembentangan.
ATL yang digunakan ialah information literacy kerana saya mencari maklumat untuk tajuk yang diberikan dapat menyampaikannya terhadap orang lain untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.
Ulasan
Catat Ulasan